Nothing Is Impossible In Life

The first step to get the things you want out of life is this: Decide what you want.

Sesal Dahulu Pendapatan , Sesal Kemudian Tidak Berguna Lagi.

Posted by MCalista Nina - -

Suasana malam ini sungguh sunyi , sesekali kedengaran suara cengkerik bersahut-sahutan entah datang dari mana . Di ruang yang sempit dan gelap ini , aku menyambung sisa-sisa hidupku . Tiba-tiba aku terkenang wajah ibuku . Aku terbayang wajah ayahku . Alangkah berdosanya aku kepada mereka " Maafkan aku , ibu , ayah . Aku telah menconteng arang ke mukamu. "

Semuanya bermula dari zaman aku masih lagi berada di bangku sekolah . Aku merupakan satu-satunya cahaya mata yang dikurniakan oleh Tuhan khas untuk kedua-dua orang tuaku . Mereka sangat menyayangi aku sehingga sanggup melakukan apa sahaja demi kebahagian aku . Di sekolah , aku mempunyai seorang sahabat yang baru aku kenali . Namanya , Natasha .

Pada mulanya , aku langsung tidak menyedari bahawa sahabatku ini jenis yang suka bersosial . Sehinggalah pada suatu masa , dia mengajak aku keluar . Katanya dia ingin aku menemaninya untuk bertemu dengan teman lelakinya . Aku segera menolak ajakannya kerana aku tidak ingin ikut serta dalam hal itu . Dia tidak memaksa aku untuk menuruti katanya tetapi wajahnya kelihatan agak sedikit kusut dan kecewa .

Selang beberapa hari kemudian , dia mengajak aku sekali lagi tetapi kali ini dia dia seolah-olah memaksa aku . Dia berusaha memujuk aku . Secara kebetulan pada hari itu , aku sangat tertekan kerana akan menghadapi peperiksaantidak lama lagi . Dia memujuk aku sekali lagi " Mari ikut aku kalau kau nak stress kau tue hilang " . Aku berfikir sejenak dan bersetuju . Meskipun aku tahu tindakan aku itu salah dan membuatkan aku terpesong jauh , aku tetap akan bersetuju .

Pertama kali aku menjejakkan kaki ke suatu tempat yang aku tidak pernah pergi , perasaan aku berubah menjadi sangat gementar . Kebanyakan remaja di tempat itu mengamalkan pergaulan yang bebas dan tidak terkawal . Natasha mempunyai ramai kawan di sana . Dia segera memperkenalkan aku pada sahabat-sahabatnya yang lain . Mereka melihat aku lalu tersenyum dan menyambut aku dengan mesra sekali . Tiba-tiba muncul seorang jejaka yang sangat tampan . Aku terpegun seketika melihat ketampanan jejaka itu . Tanpa aku sedari , perasaan gementar aku lenyap begitu sahaja .

Natasha menyedari perubahan sikapku . Secara kebetulan , jejaka itu juga adalah sahabat Natasha . Jejaka itu menyapa Natasha " Hai Natasha . Siapa nama kawanmu itu ? " . Lalu Natasha memperkenalkan aku . Setelah beberapa minit kemudian , Natasha minta diri kerana dia ingin pergi bertemu dengan teman lelakinya . aku kini bersendirian dengan jejaka itu . Layanan jejaka itu sangat mesra meskipun tidak sampai beberapa minit sesi perkenalan kami dilangsungkan . Sejak dari hari itu , aku sering keluar rumah dan berbohong pada orang tuaku semata-mata hendak bertemu dengan jejaka itu .

Pelajaran aku jelas sekali mulai merosot dan aku seolah-olah hilang hala tuju . Sehinggalah pada suatu ketika , aku membuat keputusan yang sangat bodoh dan tidak rasional sama sekali . Aku melarikan diri dari rumah apabila aku dilarang untuk keluar rumah . Aku memberontak lalu bercadang untuk menginap di rumah jejaka tampan itu . Nasibku sangat malang kerana ketika sedang aku duduk dan bergaul dengan jejaka itu , datang seorang lelaki tua . Dia menuduh kami membuat perkara yang bukan-bukan . Aku terpaku dan ketika aku ingin menjawab , semua penduduk kampung telah berkumpul di hadapan rumah . Ada yang mencadangkan untuk menikahkan kami berdua tetapi sebilangan besar dari penduduk kampung bercadang untuk masukkan aku ke Pusat Pemulihan . Disebabkan umurku yang masih muda , aku telah dihantar ke Pusat Pemulihan .

Setelah sekian lama berada dalam Pusat Pemulihan , akhirnya aku dikeluarkan dari sana . Namun apabila aku balik ke kampung halamanku , aku terkejut melihat suasana rumahku yang sunyi sepi . Tidak ada seorang pun yang menyambut kedatangan aku . Tiba-tiba jiranku datang lalu memberitahu aku bahawa ibu dan ayahku telah meningggal dunia akibat kemalangan jalan raya ketika mereka ingin mencari aku yang pada ketika itu melarikan diri dari rumah . Aku tidak dapat megeluarkan sepatah kata pun dari mulutku yang tiba-tiba kaku . Hanya tangisan bersama sejuta penyesalan .

Aku seorang anak yang derhaka dan aku sangat menyesal . Namun , sesal dahulu pendapatan , sesal kemudian tidak berguna lagi . Aku hanya mampu berdoa supaya ibu dan ayah sentiasa tenang di atas sana dan memohon beribu-ribu pengampunan dari ibu dan ayah . Aku sentiasa menyayangi mereka buat selamanya .

Ditulis oleh MCalista RNina ..

*Cerita ini adalah rekaan semata2 :)

I Love Them ♥

Posted by MCalista Nina - -

 
Persahabatan kami terjalin tanpa diduga. Pada mulanya 
seorang daripada mereka ialah musuh saya pada masa dahulu
tetapi kini kami menjadi kawan baik.Saya suka berkawan dengannya.

Dikala saya bersedih,mereka sentiasa berusaha untuk menghibur 
hati saya yang sedang berduka lara ini.Kekadang-kala saya terfikir
betapa bertuahnya saya mempunyai rakan seperti mereka ini..

Mereka adalah sebahagian dari hidup saya.Benda yang saya
suka ialah mereka ni jenis orang yang Happy-Go-Lucky.
Walaupun sedih, senyuman mereka sentiasa 
terukir manis diwajah.

Apabila sedang dilanda masalah,mereka
seolah-olah tidak mempunyai masalah.Apa yang mereka 
tunjukkan ialah Senyuman dan mereka lebih banyak tersenyum 
berbanding berfikir tentang masalah yang mereka hadapi.

Sentiasa ketawa juga adalah tabiat yang kami amalkan
dan saya suka tabiat itu.Cikgu kami cakap ketawa
itu senaman muka yang paling bagus.Sebab
itu kami amalkan.

Apa yang penting ialah saya sayang kawan
saya sangat2.I Love Them ! Persahabatan 
untuk selamanya bersama mereka.:)

Sekadar gurauan atau Memang benar2 terjadi..

Posted by MCalista Nina - -

Guess what? Saya dengar kelas kami menang 
dalam Pertandingan Koir Kemerdekaan..
Guru kelas kami pun cakap macam tue
tapi saya belum percaya lagi sebab manalah
tau,cuma sekadar gurauan kan..Selagi 
keputusan tidak di umumkan,saya memang
tak percaya..hehe..Saya perlu bukti yang
kukuh,baru saya percaya ..Hehe

Tapi kalau memang benar2 kami menang,
gud2..Saya suka ow..hehe..I Hope So..Amen :)


Everything (Poem)

Posted by MCalista Nina - -

You are everything I'll ever need
To make my life complete.
Since you came into my life
My every dream has come true.
I'll never love anyone
As much as I love you.
You are the light when there is darkness
Shining brightly through your eyes.
Yours are the arms I want to hold me
Through all of my nights.
My heart belongs to you only
The one true love in my life.
Our souls are intertwined
To always be like one.
May your every need be fulfilled
Without ever a question.
May every sadness you have ever felt
Turn into a smile.
Unselfishly I give myself to you
Never with hesitation
Because you and only you
For always will be,
My Partner, My Lover, My Friend
My Everything.
Feel the love without ever a doubt
It is yours for a lifetime.