The first step to get the things you want out of life is this: Decide what you want.

Archive for January 2013

Sesal Dahulu Pendapatan , Sesal Kemudian Tidak Berguna Lagi.

Posted by MCalista Nina - -

Suasana malam ini sungguh sunyi , sesekali kedengaran suara cengkerik bersahut-sahutan entah datang dari mana . Di ruang yang sempit dan gelap ini , aku menyambung sisa-sisa hidupku . Tiba-tiba aku terkenang wajah ibuku . Aku terbayang wajah ayahku . Alangkah berdosanya aku kepada mereka " Maafkan aku , ibu , ayah . Aku telah menconteng arang ke mukamu. "

Semuanya bermula dari zaman aku masih lagi berada di bangku sekolah . Aku merupakan satu-satunya cahaya mata yang dikurniakan oleh Tuhan khas untuk kedua-dua orang tuaku . Mereka sangat menyayangi aku sehingga sanggup melakukan apa sahaja demi kebahagian aku . Di sekolah , aku mempunyai seorang sahabat yang baru aku kenali . Namanya , Natasha .

Pada mulanya , aku langsung tidak menyedari bahawa sahabatku ini jenis yang suka bersosial . Sehinggalah pada suatu masa , dia mengajak aku keluar . Katanya dia ingin aku menemaninya untuk bertemu dengan teman lelakinya . Aku segera menolak ajakannya kerana aku tidak ingin ikut serta dalam hal itu . Dia tidak memaksa aku untuk menuruti katanya tetapi wajahnya kelihatan agak sedikit kusut dan kecewa .

Selang beberapa hari kemudian , dia mengajak aku sekali lagi tetapi kali ini dia dia seolah-olah memaksa aku . Dia berusaha memujuk aku . Secara kebetulan pada hari itu , aku sangat tertekan kerana akan menghadapi peperiksaantidak lama lagi . Dia memujuk aku sekali lagi " Mari ikut aku kalau kau nak stress kau tue hilang " . Aku berfikir sejenak dan bersetuju . Meskipun aku tahu tindakan aku itu salah dan membuatkan aku terpesong jauh , aku tetap akan bersetuju .

Pertama kali aku menjejakkan kaki ke suatu tempat yang aku tidak pernah pergi , perasaan aku berubah menjadi sangat gementar . Kebanyakan remaja di tempat itu mengamalkan pergaulan yang bebas dan tidak terkawal . Natasha mempunyai ramai kawan di sana . Dia segera memperkenalkan aku pada sahabat-sahabatnya yang lain . Mereka melihat aku lalu tersenyum dan menyambut aku dengan mesra sekali . Tiba-tiba muncul seorang jejaka yang sangat tampan . Aku terpegun seketika melihat ketampanan jejaka itu . Tanpa aku sedari , perasaan gementar aku lenyap begitu sahaja .

Natasha menyedari perubahan sikapku . Secara kebetulan , jejaka itu juga adalah sahabat Natasha . Jejaka itu menyapa Natasha " Hai Natasha . Siapa nama kawanmu itu ? " . Lalu Natasha memperkenalkan aku . Setelah beberapa minit kemudian , Natasha minta diri kerana dia ingin pergi bertemu dengan teman lelakinya . aku kini bersendirian dengan jejaka itu . Layanan jejaka itu sangat mesra meskipun tidak sampai beberapa minit sesi perkenalan kami dilangsungkan . Sejak dari hari itu , aku sering keluar rumah dan berbohong pada orang tuaku semata-mata hendak bertemu dengan jejaka itu .

Pelajaran aku jelas sekali mulai merosot dan aku seolah-olah hilang hala tuju . Sehinggalah pada suatu ketika , aku membuat keputusan yang sangat bodoh dan tidak rasional sama sekali . Aku melarikan diri dari rumah apabila aku dilarang untuk keluar rumah . Aku memberontak lalu bercadang untuk menginap di rumah jejaka tampan itu . Nasibku sangat malang kerana ketika sedang aku duduk dan bergaul dengan jejaka itu , datang seorang lelaki tua . Dia menuduh kami membuat perkara yang bukan-bukan . Aku terpaku dan ketika aku ingin menjawab , semua penduduk kampung telah berkumpul di hadapan rumah . Ada yang mencadangkan untuk menikahkan kami berdua tetapi sebilangan besar dari penduduk kampung bercadang untuk masukkan aku ke Pusat Pemulihan . Disebabkan umurku yang masih muda , aku telah dihantar ke Pusat Pemulihan .

Setelah sekian lama berada dalam Pusat Pemulihan , akhirnya aku dikeluarkan dari sana . Namun apabila aku balik ke kampung halamanku , aku terkejut melihat suasana rumahku yang sunyi sepi . Tidak ada seorang pun yang menyambut kedatangan aku . Tiba-tiba jiranku datang lalu memberitahu aku bahawa ibu dan ayahku telah meningggal dunia akibat kemalangan jalan raya ketika mereka ingin mencari aku yang pada ketika itu melarikan diri dari rumah . Aku tidak dapat megeluarkan sepatah kata pun dari mulutku yang tiba-tiba kaku . Hanya tangisan bersama sejuta penyesalan .

Aku seorang anak yang derhaka dan aku sangat menyesal . Namun , sesal dahulu pendapatan , sesal kemudian tidak berguna lagi . Aku hanya mampu berdoa supaya ibu dan ayah sentiasa tenang di atas sana dan memohon beribu-ribu pengampunan dari ibu dan ayah . Aku sentiasa menyayangi mereka buat selamanya .

Ditulis oleh MCalista RNina ..

*Cerita ini adalah rekaan semata2 :)